'Kenaikan gaji penjawat awam, Islam Hadhari, penubuhan UMK antara jasa terbesar Pak Lah'

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menaikkan gaji penjawat awam, Islam Hadhari, pengenalan Program j-QAF (singkatan kepada Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) dan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) antara jasa terbesar Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri kelima.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Abdullah bukan sekadar negarawan, malah seorang pemimpin berjiwa besar dan penyabar.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiuunn. Semoga Allah ampuni segala dosa negarawan Allahyarham Pak Lah. Rahmati dan berkatilah Rohnya dan tempatkan Rohnya bersama insan soleh.

"Banyak jasanya antaranya, naikkan gaji penjawat awam dengan kadar tertinggi, Islam Hadhari, J-Qaf, pemimpin berjiwa besar, tahap kesabaran amat tinggi," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, sebagai Menteri bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) beliau banyak membantu Allahyarham merangka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan penekanan kepada nilai nilai murni dan modal insan.

Mustapa berkata, penubuhan UMK diumumkan oleh Allahyarham dalam Parlimen dan beliau diamanahkan untuk melaksanakan penubuhannya semasa Menteri Pengajian Tinggi (KPT).

"Minat kepada pertanian yang amat tinggi membolehkan saya menjalankan tugas sebagai Menteri Pertanian sebaik mungkin.

"Terima kasih atas bimbingan, nasihat serta kepimpinan. Semoga ALLAH menganugerahkan syurga kepada insan yang amat murni dan amat baik hati ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!