Cadangan pinda enakmen hiburan Kelantan di fasa akhir

Mohamed Fadzli - FOTO: SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
Mohamed Fadzli - FOTO: SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan kini sedang memuktamadkan penilaian bagi pindaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang tersebut lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pindaan ini memberi tumpuan kepada aspek penguatkuasaan serta cadangan peningkatan kadar denda terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu ini, dan deraf pindaan akan diteliti serta dimuktamadkan sebelum dibentangkan untuk kelulusan.

“Kita lihat ada beberapa kelompangan dalam pelaksanaan sebelum ini, jadi kita beri tumpuan kepada aspek penguatkuasaan supaya lebih cekap, tepat dan kemas. Kita bukan nak menghukum semata-mata, tapi nak pastikan undang-undang ini dipatuhi dan bersesuaian dengan perkembangan semasa,” katanya ketika ditemui sempena Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Peserta Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Putik, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - FOTO: SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
Peserta Seminar Kebudayaan Islam 2025 di Putik, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - FOTO: SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID

Setakat ini, enakmen sedia ada memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan di bawah peruntukan berkaitan.

Beliau berkata, jawatankuasa penilaian telah ditubuhkan bagi menyemak semula enakmen berkenaan, yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pakar undang-undang, serta wakil universiti.

“Daripada 45 ADUN di Kelantan, tujuh orang adalah peguam termasuk saya sendiri. Kesemua kami dari UIA dan turut terlibat dalam proses semakan ini,” ujarnya.

Menurutnya, pindaan terhadap beberapa seksyen enakmen tersebut sedang diperhalusi, termasuk penambahan elemen kawal selia terhadap aktiviti hiburan yang dianggap bercanggah dengan nilai dan norma tempatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!