TYT Melaka tolak cadangan bubar DUN

Tun Mohd Khalil tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri, Adly Zahari untuk membubarkan DUN.
Tun Mohd Khalil tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri, Adly Zahari untuk membubarkan DUN.
A
A
A

MELAKA - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan berkata, atas budi bicaranya, Yang di-Pertua Negeri Melaka tidak bersetuju dengan permohonan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dibawa Adly.

"Oleh yang demikian berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, berdasarkan Perkara 7 (2)(a) Perlembagaan Negeri Melaka, Mohd Khalil akan melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu dalam masa terdekat yang pada pendapatnya mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka. - Bernama

Terdahulu, Adly Zahari dalam satu kenyataan media di Facebooknya menyatakan beliau mencadangkan kepada TYT Negeri Melaka untuk membubarkan Dun memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adly cadang TYT bubar DUN Melaka, adakan pilihan raya negeri

Artikel Berkaitan: