Lelaki hilang, kali terakhir dilihat di pasar raya

PETALING JAYA - Seorang lelaki dilaporkan hilang dan kali terakhir dilaporkan dilihat berada di sebuah pasar raya di Kota Damansara di sini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Cheong Kin Meng, 37, pada jam 1.51 pagi Ahad.
“Lelaki itu dipercayai berada di pasar raya tersebut pada jam 5 petang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
M Hussin Sollehuddin berkata, Kin Meng berketinggian kira-kira 163 sentimeter dan berat 80 kilogram, berkulit putih serta memiliki mata berwarna hitam dan hidung bersaiz biasa.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan lelaki itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 012-7896691, 03-61421222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di 03-79662222," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
