Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia pada usia 61 tahun

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi akibat jangkitan paru-paru.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi akibat jangkitan paru-paru.
A
A
A

LAHAD DATU - Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi Ahad akibat jangkitan paru-paru pada usia 61 tahun.

Menurut isteri beliau, Datin Fatmah Abdul Aziz ketika dihubungi, Allahyarham telah menjalani rawatan di hospital lebih dua minggu.

“Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Terusan selepas solat Zohor hari ini,” katanya.

Allahyarham merupakan wakil rakyat Barisan Nasional untuk Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) mewakili Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Lahad Datu dan Kunak pada tahun 2008 hingga 2013.

Allahyarham terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah didekati rakyat malah sehingga sebelum akhir hayat beliau masih meneruskan perjuangan membela rakyat di Lahad Datu melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan, Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!