Sokong Perikatan Nasional, Norhizam mengaku jadi barua

Norhizam ketika sidang media pembentukan kerajaan Perikatan Nasional Melaka di Ayer Keroh, di sini tadi.
Norhizam ketika sidang media pembentukan kerajaan Perikatan Nasional Melaka di Ayer Keroh, di sini tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu dari DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee hari ini membuat kejutan apabila hadir memberi sokongan kepada Perikatan Nasional.

Norhizam yang popular dikenali sebagai 'YB Gengster' dan juga Timbalan Pengerusi DAP Melaka berkata, tindakan bersama perikatan itu demi untuk kepentingan orang Melayu.

Menurutnya, selama ini beliau telah bekerja keras dan mendakwa seolah-olah pengorbanan yang dilakukan itu hanya sia-sia seperti menjadi barua.

"Saya mengaku jadi barua, hati dan jiwa raga saya serahkan (tapi) ini yang berlaku dan saya kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kami kembali, kata Idris

"Jadi lebih baik saya balik ke pangkuan dan mengharapkan kepimpinan kerajaan baharu tidak mengecewakan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Norhizam juga bersedia dikenakan sebarang tindakan oleh partinya sendiri.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen Pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Banda Hilir, Datuk Tey Kok Kiew tidak berhasil apabila beliau gagal dihubungi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!