X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Saga model Proton paling laris

Saga kekal sebagai model paling laris Proton.
A
A

PENGELUAR kereta nasional Proton mencatatkan keputusan kukuh bagi dua bulan berturut-turut pada 2020 dengan jualan meningkat lebih 80 peratus pada Februari berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Syarikat itu meraih 23.8 peratus daripada bahagian pasaran bulan itu, paras tertingginya sejak Ogos 2013.

Proton dalam kenyataan berkata, sejumlah 9,974 unit kenderaan didaftarkan disumbang oleh Saga (3,934 unit), Persona (2,653 unit) dan X70 (1,973 unit).

Menurut Proton, Persona mencatatkan jualan hampir dua kali ganda manakala Proton X70 muncul sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling popular Malaysia bagi bulan kedua berturut-turut apabila pelanggan yang menempah kenderaan itu lebih awal mula menerima 2020 Proton X70.

“Setakat ini, lebih 7,000 tempahan diterima, membuktikan permintaan terhadap SUV pintar di Malaysia kekal kukuh,” katanya hari ini.

Saga kekal sebagai model paling laris syarikat itu dengan permintaan mengatasi bekalan manakala Exora terus kukuh dalam pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen C.

“Iriz meningkat ke tempat kedua dalam kategori hatchback segmen B apabila mencatatkan jualan memberangsangkan susulan pelancaran model yang diperbaharui pada 2019,” kata syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata Februari mencatatkan jualan kukuh bagi syarikat automotif itu meskipun penurunan Jualan Keseluruhan Industri (TIV).

"Dengan dapat mengekalkan pertumbuhan jualan kami, bahagian pasaran kini berada di kedudukan tertinggi dalam tempoh 77 bulan.

“Tempahan 2020 bagi Proton X70 juga menggalakkan jadi kami yakin dengan rancangan kami bagi bagi tahun ini,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!