Kerajaan Pahang raikan anak perantau

KUANTAN - Anak-anak Pahang yang berada di perantauan dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2025 yang akan diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, pada 14 April ini.
Program anjuran tahun kedua itu dijadual berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam, dengan pelbagai pengisian menarik termasuk acara cabutan bertuah.
Penganjuran majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan anak Pahang yang bekerja, belajar atau menetap di luar negeri ini, selain menyemarakkan sambutan Syawal dalam suasana muhibah.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, turut dijangka hadir bagi meraikan para perantau pada majlis berkenaan.
“Moh rodong-rodong anak Pahang di perantauan, Tok Wan jemput semua hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2025.
“Ayuh kita raikan Syawal bersama dalam suasana penuh keriangan dan silaturahim,” kata beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

