Sinar Harian ungguli kategori Havoc boling media

Mohd Zain (empat, kiri) menyampaikan hadiah kepada Khairul Amri (tiga, kiri) selepas Sinar Harian muncul pasukan paling ‘Havoc’ pada Kejohanan Boling Alam Flora dan Media-Media Selangor.
Mohd Zain (empat, kiri) menyampaikan hadiah kepada Khairul Amri (tiga, kiri) selepas Sinar Harian muncul pasukan paling ‘Havoc’ pada Kejohanan Boling Alam Flora dan Media-Media Selangor.
A
A
A

PETALING JAYA - Sinar Harian muncul pasukan paling Havoc pada Kejohanan Boling Alam Flora dan Media-Media Selangor yang berlangsung di Sunway Mega Lane di sini, hari ini.

Sinar Harian diketuai Editor Edisi Selangor dan Pahang, Khairul Amri Yasin, bersama tiga lagi pemain iaitu, Izwan Rozlin, Asmaliza Mansor dan Nur Farhana Abdul Manan.

Pemain pasukan itu sentiasa menggamatkan suasana dengan pelbagai gelagat setiap kali pasukan mereka membuat balingan, namun pasukan Sinar Harian hanya menghuni tangga ketujuh menerusi 836 jatuhan pin.

Pada kejohanan itu, pasukan Harian Metro diwakili Iskandar Shah Mohamed, Asrizal Aris, Nurulshima Abu Kasim dan Jamilul Anbia Md Denin berjaya muncul juara dengan 1,209 jumlah jatuhan pin.

Tempat kedua pula diraih, pasukan TV3 diwakili Mohd Azri Atan, Shelizan Dollah, Shawal Ismail dan Hazwan Alias yang memperoleh jatuhan pin sebanyak 1,196.

Manakala tempat ketiga milik Berita Harian menerusi kumpulan ‘Apa-apa je’ diwakili Liza Habib, Rozdan Mazlan, Fauzi dan Saufi Hamzah apabila mengumpul 1,044 jatuhan pin.

Juara keseluruhan berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, manakala naib juara RM1, 600 dan ketiga RM1, 200.

Sementara itu, Ketua Pegawai eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu bagi menghargai pengamal media dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Artikel Berkaitan:

“Kejohanan ini sebahagian daripada inisiatif Alam Flora untuk mendekati golongan media yang selama ini berusaha keras menyalurkan berita terkini kepada semua pihak.

“Kami berterima kasih kepada media kerana pembabitan mereka menyampaikan maklumat untuk meningkatkan produktiviti kepada masyarakat. Saya harap program seperti ini dapat memperkukuhkan hubungan kerja bersama media pada masa akan datang,” katanya.

Seramai 52 pemain daripada 13 pasukan bertanding pada kejohanan itu.