3 individu dirakam keterangan kes cubaan potong kabel ERL

Laporan Sinar Harian mengenai cubaan memotong 'signal link' berhampiran laluan Express Rail Link (ERL) menghala ke Stesen KL Sentral menyebabkan gangguan kepada sistem isyarat tren pada Selasa.
Laporan Sinar Harian mengenai cubaan memotong 'signal link' berhampiran laluan Express Rail Link (ERL) menghala ke Stesen KL Sentral menyebabkan gangguan kepada sistem isyarat tren pada Selasa.
A
A
A

SEPANG - Polis telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan kes cubaan memotong kabel isyarat sehingga mengakibatkan gangguan Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, setakat ini, seramai tiga termasuk pengadu dari bahagian keselamatan ERL telah dirakam keterangan.

"Kita masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian bagi mendapatkan kenderaan atau suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

"Tiada tangkapan setakat ini, kita sedang berusaha mengesan suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas Pusat Kawalan Udara ERL Salak Tinggi kira-kira jam 9.33 pagi.

Laporan dibuat susulan gangguan signal dikesan di Kilometer 48.5 (menghala ke Kuala Lumpur Sentral).

Shan Gopal dilaporkan berkata, hasil semakan di lokasi mendapati terdapat kabel signal link yang telah dipotong. Bagaimanapun tiada kehilangan kabel dilaporkan.

Kerosakan akibat potongan kabel itu dianggarkan bernilai lebih kurang RM12,000. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 431A/447 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hishamudin Amin di talian 011-11739477.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!