Kebakaran Putra Heights: Polis siasat dakwaan berlaku kematian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (kiri) bercakap ketika sidang media mengenai perkembangan terkini kejadian kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (kiri) bercakap ketika sidang media mengenai perkembangan terkini kejadian kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan di media sosial berkaitan kematian akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, 1 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan dakwaan berkenaan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Rabu.

"Satu laporan telah dibuat oleh sebuah pusat kesihatan daerah berkaitan satu kematian yang didapati tular di media sosial.

"Dakwaan terbabit didapati tidak berasas dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam sidang akhbar di pusat media Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Jalan Harmoni, Putra Heights di sini pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan satu laporan polis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan komen di media sosial mendakwa terdapat kematian dalam insiden terbabit.

1 April lalu, kebakaran saluran gas Petronas pada jam 8.10 pagi itu menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!