Pelajar IPMa salah guna internet akan dibuang serta-merta - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika berucap dalam Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ahmad Zahid ketika berucap dalam Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tegas bahawa pelajar Institut Pendidikan Mara (IPMa) yang terlibat dengan masalah sosial termasuk penyalahgunaan internet untuk tujuan tidak bermoral akan dibuang serta-merta.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan penggunaan internet berkelajuan tinggi yang kini diperluaskan ke institusi Mara digunakan secara beretika dan tidak terjerumus ke dalam aktiviti negatif.

"Kita akan pastikan internet berkelajuan tinggi ini digunakan dengan penuh tanggungjawab, tanpa sebarang elemen seksual yang melibatkan pengguna atau pelajar di sini. Sekiranya ada, saya arahkan Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk mengambil tindakan membuang pelajar terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) di sini, pada Khamis.

Ahmad Zahid menekankan bahawa akses kepada kemudahan digital perlu seiring dengan pembangunan sahsiah dan disiplin pelajar bagi melahirkan generasi profesional yang bermoral tinggi.

Fahmi ketika berucap dalam Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Fahmi ketika berucap dalam Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Mara (UPTM) pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Fahmi Fadzil, turut memberi amaran bahawa keutamaan tidak hanya terletak pada penyediaan internet yang pantas, tetapi juga memastikan penggunaannya adalah selamat dan bertanggungjawab.

“Internet yang laju, meluas dan murah belum mencukupi. Yang lebih penting ialah internet yang selamat,” katanya.

Fahmi mengingatkan bahawa terdapat peningkatan kes jenayah seksual melibatkan remaja dan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang digunakan oleh segelintir individu untuk menghasilkan kandungan lucah.

Artikel Berkaitan:

Beliau merujuk kepada laporan Ketua Polis Kelantan yang mencatatkan peningkatan kes rogol dan sumbang mahram kepada 252 kes pada 2024, berbanding 206 kes pada tahun sebelumnya, serta peningkatan 17.1 peratus bagi suku pertama 2025.

"Ini adalah masalah yang serius. Internet yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pendidikan dan pembangunan diri, kini disalahgunakan untuk jenayah dan penyebaran fitnah," tambah Fahmi.

Menteri itu juga menggesa kerjasama semua pihak, termasuk Mara, untuk memperluaskan Kempen Internet Selamat ke seluruh institusi pendidikan di bawah seliaan agensi itu.

“Kita bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah capaian internet, tapi jangan sampai ia disalahgunakan.

"Saya harap Mara, UPTM dan semua rakan institusi boleh bersama menjayakan Kempen Internet Selamat ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!