X

Kindly register in order to view this article
!

Indonesia sahkan dua kes jangkitan Covid-19

Pihak berkuasa kesihatan Indonesia memeriksa suhu tubuh penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta. - Foto AFP
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini mengesahkan dua rakyat tempatan disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19) sekali gus menjadi kes pertama dilaporkan di negara tersebut.

Jokowi memberitahu kedua-dua pesakit itu telah dimasukkan ke hospital.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang lokasi mereka dirawat.

Sebelum ini, banyak pihak mendakwa negara yang keempat mempunyai populasi paling ramai di dunia cuba menyembunyikan kes jangkitan virus tersebut selepas ia kini merebak hampir ke seluruh dunia. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!