LHDN Melaka santuni anak yatim

Kakitangan LHDN Melaka bergambar bersama warga Petah.
Kakitangan LHDN Melaka bergambar bersama warga Petah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Melaka mengambil inisiatif menyantuni anak yatim menerusi program amal tanggungjawab sosial korporat (CSR) 2020.

Program dengan kerjasama Pejabat Pengarah Negeri (PPN) Negeri Sembilan dan Melaka serta Cawangan Siasatan (CSI) Melaka diadakan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan (Petah) Krubong di sini kelmarin.

Pengarah LHDN Negeri Sembilan/Melaka, Mohamad Zain Mohamad Said berkata, program itu memberi peluang kepada pihaknya untuk membantu komuniti yang memerlukan dalam aspek keperluan belajar seperti meja dan kerusi.

Menurutnya, ia juga menjadi landasan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain selain memupuk semangat bantu-membantu.

Mohamad Zain (tengah) bersama kakitangannya menyantuni anak-anak yatim Petah di Krubong semalam.
Mohamad Zain (tengah) bersama kakitangannya menyantuni anak-anak yatim Petah di Krubong semalam.

“Ia satu program yang amat baik apabila PPN bersama CSI sudi menyantuni anak-anak yatim di Petah dengan pelbagai pengisian menarik.

“Walaupun sibuk bekerja namun kakitangan masih ada ruang dan peluang untuk bersama mereka yang kurang bernasib baik,” katanya yang mewakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Abd Manaf Dim di sini kelmarin.

Hadir sama Pengarah LHDN Cawangan Melaka, Shifaak Md Amin; Pengarah Seksyen PPN N9/Melaka, Norazah Harun dan Pengarah CSI Melaka, Rizman Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Zain berkata, usaha murni ini juga menjadi penyuntik semangat kepada LHDN untuk lebih kerap mengadakan aktiviti kebajikan sebagai tanda kemanusiaan dan keprihatinan.