Lelaki bunuh ibu saudara kerana tidak dibenar keluar rumah

Suspek dikenali sebagai Rezky Fauzan tergamak membunuh ibu saudaranya dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah rumah.
Suspek dikenali sebagai Rezky Fauzan tergamak membunuh ibu saudaranya dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah rumah.
A
A
A

BOGOR – Seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membunuh ibu saudaranya dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah rumah di Kedungwaringin, Tanah Sareal, Kota Bogor, Jawa Barat, pada Ahad lalu.

Suspek dikenali sebagai Rezky Fauzan telah ditahan pihak polis dan kini ditetapkan sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Bogor (Kasat Reskrim Polresta Bogor Kota), AKP Aji Riznaldi Nugroho, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana rasa marah dan tidak puas hati terhadap mangsa yang sering melarangnya keluar rumah.

"Rezky merupakan anak yatim piatu yang telah dijaga oleh mangsa sejak berusia 15 tahun.

"Namun, dia mengakui telah lama memendam perasaan tidak puas hati kerana sering dilarang untuk keluar rumah oleh mangsa," katanya.

Tambah beliau, perasaan tertekan yang dialami suspek turut dapat dilihat menerusi perbualan mesej bersama rakan terdekatnya.

Insiden itu dipercayai berpunca apabila berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa selepas mangsa menyuruh suspek mencuci pinggan.

Pertengkaran tersebut kemudiannya berakhir dengan pembunuhan.

Kes kini sedang disiasat lanjut oleh pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!