[VIDEO] Warga emas OKU maut rumah terbakar

A
A
A

MARANG - Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) maut manakala tiga lagi cedera apabila rumah didiami mereka hangus terbakar di Jalan Taman Emas Murni, di sini awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu, mangsa, Razaidah Mohamad, 78, yang merupakan OKU kategori mental disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terperangkap di dalam rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang, Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.25 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian sebaik kebakaran berjaya dikawal.
Anggota bomba memeriksa lokasi kejadian sebaik kebakaran berjaya dikawal.

"Tiga mangsa cedera terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan dua wanita dewasa yang juga OKU, berjaya diselamatkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi manakala seorang mangsa masih terperangkap dalam rumah.

"Ketika menjalankan operasi pemadaman dan mendapati mangsa terperangkap dalam bilik belakang rumah tersebut," katanya di sini pada Isnin.

Keadaan kebakaran rumah mangsa di Jalan Taman Murni, Marang, awal pagi Selasa. Gambar kecil: Razaidah
Keadaan kebakaran rumah mangsa di Jalan Taman Murni, Marang, awal pagi Selasa. Gambar kecil: Razaidah

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Katanya, kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah jenis kekal dengan kemusnahan dianggarkan 60 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Operasi pemadaman dikawal sepenuhnya jam 4.37 pagi dan ditamatkan sekitar jam 5.57 pagi.

"Ia turut dibantu BBP Kuala Terengganu dengan melibatkan seramai 17 anggota serta kekuatan dua jentera FRT dan satu tangki air, menggunakan dua aliran hos 60 meter, satu breeching, tiga pancutan dan satu hos reel air dari tangki jentera.

"Setakat ini nilai kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!