Mourinho bingung Spurs tewas lagi

Jose Mourinho
Jose Mourinho
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui kekalahan 2-3 kepada Wolverhampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam sebagai keputusan yang tidak adil.

Menurutnya, pasukan kendaliannya itu menguasai setiap minit perlawanan namun beliau kecewa pemain gagal mempertahankan gol awal yang diperolehi pada babak pertama perlawanan.

"Saya tidak rasa keputusan ini adil kepada kami. Kedua-dua pasukan ingin menang dengan gaya berbeza.

"Mereka begitu kuat dalam serangan balas dan kami mencuba berberap pendekatan berbeza. Ia berhasil kerana kami berjaya menjaringkan gol. Saya fikir keputusan ini tidak adil, betul-betul tidak adil," katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur itu, pasukan tuan rumah berada di depan menerusi gol Steve Bergwijn pada menit ke-13, namun disamakan Matt Doherty 14 minit selepas itu.

Serge Aurier kembali meletakkan Spurs di hadapan sebelum babak pertama berakhir sebelum Wolves mencipta sensasi kebangkitan dengan dua gol menerusi Diogo Jota dan Raul Jimenez.

Kekalahan ini menyaksikan Spurs gagal menemui rentak kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir selepas tewas kepada RB Leipzig 0-1 dalam saingan Liga Juara-Juara dan tunduk kepada Chelsea 1-2 dalam saingan EPL.

Dalam pada itu, Mourinho menyifatkan kekalahan kepada Wolves itu berpunca pemainnya yang tidak 'kejam' terutamannya di hadapan pintu gol lawan

Artikel Berkaitan:

"Pemain tidak harus menerima kekalahan ini. Kami dihukum kesilapan mentaliti. Pemain sepatutnya lebih kejam ketika berhadapan pasukan seperti Wolves yang bermain sangat baik dalam serangan balik.

"Tetapi, sebenarnya amat sukar untuk mencari punca kekalahan kami kerana pemain menguasai perlawanan. Apa yang boleh saya katakan adalah kami perlu bangkit lebih kuat selepas ini," katanya.