Jangka hayat panjang Kane bersama Spurs

Kontrak Kane bersama Spurs berbaki setahun lagi. - Foto Agensi
Kontrak Kane bersama Spurs berbaki setahun lagi. - Foto Agensi
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur optimis pemain sensasi, Harry Kane akan menjalani kerjaya yang panjang bersama kelab itu di sebalik spekulasi dia akan berpindah ke kelab lain musim depan.

Mabbutt yang juga duta kelab, berkata, Tottenham akan melakukan apa saja yang mampu bagi memastikan penyerang prolifik mereka itu kekal ketika kontraknya hanya berbaki setahun lagi.

“Kami akan lakukan apa saja yang termampu untuk Harry kekal sebagai pemain Spurs sepanjang kerjayanya.

“Jadi itulah yang diharapkan dan kami percaya itu yang sedang berlaku,” ujar Mabbutt yang juga duta kelab.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah menjaringkan 27 gol musim ini, berada di kedudukan kedua di belakang penyerang Manchester City, Erling Haaland.

Bagaimanapun, dengan Tottenham berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan terkeluar daripada pemburuan tiket ke saingan Liga Juara-Juara, Kane dikaitkan akan berpindah pada musim panas ini ke Manchester United atau Paris Saint-Germain.

Spurs ketika ini dibimbing pengurus ketiga musim ini, Ryan Mason dan Kane secara terbuka mengkritik budaya kelab itu sejak pemecatan Mauricio Pochettino yang membawa mereka mara ke final Liga Juara-Juara 2019.

Bagaimanapun Mabbutt yang menjulang Piala FA sebagai kapten Spurs pada 1991 menegaskan pergolakan itu tidak akan menyebabkan jurulatih terkemuka enggan mengambil peranan membimbing kelab berkenaan.

“Semua jurulatih terkemuka mahukan jawatan itu. Menjadi pengurus Spurs adalah peranan yang besar bagi mana-mana pengurus,” katanya.