Dua penjenayah berparang selamba masuk kawasan rumah berpagar

Tangkap layar CCTV memaparkan dua penjenayah bertopeng serta berparang memasuki kawasan rumah di sebuah taman perumahan di Puncak Alam, Sabtu lalu.
Tangkap layar CCTV memaparkan dua penjenayah bertopeng serta berparang memasuki kawasan rumah di sebuah taman perumahan di Puncak Alam, Sabtu lalu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Sebuah keluarga menempuh detik cemas apabila kawasan rumah mereka dimasuki dua penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Puncak Alam, Sabtu lalu.

Kejadian yang tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi memaparkan dua penjenayah terbabit pada mulanya dilihat memasuki pintu pagar hadapan rumah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.19 malam itu, kedua-dua suspek yang berpakaian serba hitam dan memakai topeng turut dilihat membawa senjata parang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penjenayah terbabit berjaya memasuki rumah tersebut kerana CCTV hanya merakam bahagian hadapan kediaman.

Tinjauan Sinar Harian di ruangan komen mendapati orang ramai menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian jenayah berkenaan.

Sebahagian netizen turut mendakwa bahawa ketiadaan balai polis di kawasan Puncak Alam menjadi antara faktor penjenayah berani bertindak sedemikian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memaklumkan bahawa satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!