Jumlah kematian runtuhan lombong arang batu cecah 21 orang

Punca runtuhan di lombong arang batu itu masih disiasat.
Punca runtuhan di lombong arang batu itu masih disiasat.
A
A
A

BEIJING - CHINA . Jumlah kematian dalam kejadian runtuhan lombong arang batu di utara China telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 21 orang selepas anggota penyelamat menemui dua lagi mayat pada Ahad.

Seramai 87 pekerja berada di lombong bawah tanah di wilayah Shaanxi itu ketika kejadian tersebut berlaku, semalam.

"Seramai 66 berjaya dikeluarkan dengan selamat. Punca runtuhan di lombong milik Baiji Mining itu masih disiasat dan butiran lanjut tentangnya tidak diberikan," lapor agensi berita Xinhua.

Disember lalu, sekurang-kurangnya tujuh pelombong maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di lombong arang batu di barat daya China. - AFP

Artikel Berkaitan: