Empat rumah terbakar, dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Kebakaran dapat dikawal sekitar jam 4.34 petang dan api padam sepenuhnya setengah jam kemudian.

A
A
A

TUMPAT - Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang disewa di belakang Pasar Chabang Empat Tok Mek Ngah, di sini terbakar pada petang Ahad.

Kebakaran jam 4.11 petang itu melibatkan tiga buah rumah yang musnah sebanyak 95 peratus sementara sebuah lagi rumah kediaman dan rumah kedai hanya mengalami kemusnahan kecil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Najmi Mat Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 petang.

"Seramai 19 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Tumpat dan Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang disewa di belakang Pasar Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat terbakar pada petang Ahad.

Menurut beliau, setiba di lokasi bomba mendapati empat buah rumah dan sebuah rumah kedai telah terbakar.

Ujarnya, kebakaran dapat dikawal sekitar jam 4.34 petang dan api padam sepenuhnya setengah jam kemudian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!