Remaja lemas, tergelincir ketika ambil gambar

Mangsa dibawa naik ke atas menggunakan pengusung dan peralatan tali menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Raub. Foto ihsan JBPM, gambar kecil: Muhammad Shahrul Ikwan

A
A
A

RAUB - Keriangan tiga sahabat beriadah di Lata Jarum, Ulu Dong di sini bertukar duka selepas salah seorang daripada mereka ditemukan lemas pada Ahad.

Mangsa, Muhammad Shahrul Ikwan Adam Hareez Islami, 18, dipercayai tergelincir ketika mengambil gambar sebelum terjatuh ke dalam air terjun berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Salahuddin Isa berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 petang.

Mangsa dipercayai tergelincir ketika mengambil gambar sebelum terjatuh ke dalam air terjun tersebut. Foto ihsan JBPM
Mangsa dipercayai tergelincir ketika mengambil gambar sebelum terjatuh ke dalam air terjun tersebut. Foto ihsan JBPM

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan pada jam 5.42 petang dengan bantuan orang awam menggunakan peralatan grappling iron. Mangsa dipercayai tenggelam sedalam kira-kira tiga meter,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi seterusnya membawa mangsa ke tebing menggunakan pengusung dan peralatan tali menyelamat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Raub.

Mangsa ditemui oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam pada jam 5.42 petang. Foto ihsan JBPM
Mangsa ditemui oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam pada jam 5.42 petang. Foto ihsan JBPM

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!