AS catat kematian pertama Covid-19

Penduduk di Los Angeles, California terlibat dalam pembelian panik untuk mendapatkan bekalan pelbagai barangan selepas kes jangkitan Covid-19 meningkat di AS. - FOTO: AFP
Penduduk di Los Angeles, California terlibat dalam pembelian panik untuk mendapatkan bekalan pelbagai barangan selepas kes jangkitan Covid-19 meningkat di AS. - FOTO: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19) telah disahkan di Amerika Syarikat (AS) melibatkan seorang individu berusia dalam lingkungan 50-an yang didakwa mengalami masalah kesihatan.

Semalam, Presiden Donald Trump menggesa rakyat AS supaya tidak panik selepas Gabenor Washington, Jay Inslee mengisytiharkan darurat susulan penularan virus tersebut.

Inslee turut mengeluarkan dana untuk agensi negeri dan membenarkan penggunaan Pengawal Negara Washington di bawah langkah kecemasan tersebut.

Sementara itu, Trump memaklumkan beliau menjangkakan kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat di negara tersebut.

Susulan itu, pentadbirannya mungkin akan mempertimbangkan langkah menutup lintasan di bahagian selatan yang bersempadan dengan Mexico untuk membendung penularan wabak tersebut walaupun hanya tiga kes jangkitan direkodkan di negara Amerika Latin terbabit.

“Kami telah mengambil tindakan paling agresif untuk menghadapi ancaman virus tersebut.

"Negara ini bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Difahamkan, jumlah jangkitan Covid-19 yang direkodkan di AS kini mencecah sekurang-kurangnya 70 kes. - AFP

Artikel Berkaitan: