Raya Sejuta Warna tarikan baharu Sunway Lagoon, Lost World of Tambun

Kemuncak acara menyajikan persembahan dramatik 'Flaming Percussion', persembahan 'Flying Ketupat' dan pertunjukan bunga api muzikal.
Kemuncak acara menyajikan persembahan dramatik 'Flaming Percussion', persembahan 'Flying Ketupat' dan pertunjukan bunga api muzikal.
A
A
A
PETALING JAYA – Taman Tema Sunway meraikan kemeriahan Syawal tahun ini dengan menganjurkan Raya Sejuta Warna yang menjanjikan pengalaman unik serta penuh warna-warni di dua lokasi popular iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun bermula dari 31 Mac hingga 20 April 2025.

Penolong Pengurus Besar Pemasaran dan Pengalaman Taman Tema Sunway, Michelle Soong berkata, sambutan ini mengetengahkan elemen budaya tradisional yang digabungkan dengan daya tarikan moden, sekali gus menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, persembahan kebudayaan dan sajian kulinari yang menyelerakan buat pengunjung dari pelbagai peringkat usia.

Menurutnya, terdapat pelbagai aktiviti yang diatur iaitu perarakan kompang, tarian tradisional, persembahan oleh busker dan pertunjukan kebudayaan yang menonjolkan kekayaan warisan Malaysia.

Permainan bertemakan Hari Raya antaranya Perlumbaan Kain Pelikat turut disediakan untuk pengunjung.
Permainan bertemakan Hari Raya antaranya Perlumbaan Kain Pelikat turut disediakan untuk pengunjung.



"Tidak ketinggalan, sesi beramah mesra bersama maskot seperti Captain Quack dan keluarga di Sunway Lagoon serta Captain Quack, Lady Quack dan Ketupat Warna-warni di Lost World Of Tambun turut menceriakan suasana dengan busana Aidilfitri yang menarik.

"Bagi mereka yang ingin mencipta kenangan bersama keluarga, permainan bertemakan Hari Raya turut disediakan. Antara yang mencuri tumpuan ialah permainan 'slide-the-ketupat' dan bengkel membuat ketupat poket di Sunway Lagoon, manakala Perlumbaan Kain Pelikat dan cabaran 'Scoop the Sampul' di Lost World Of Tambun mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, hiasan persekitaran juga tidak kurang hebatnya, dengan rumah kampung tradisional dan cahaya pelita yang bersinar menjadi latar bergambar yang cukup ideal untuk pengunjung mengabadikan detik indah Hari Raya.

Katanya, kejutan istimewa sambutan ini adalah pembukaan Kolam Luncur Terbesar Dunia di Sunway Lagoon pada waktu malam buat pertama kali dalam sejarah.

"Pengunjung disajikan dengan suasana magikal di bawah bintang dan lampu perayaan berkilauan, ditemani persembahan Raya Sing Along eksklusif di tepi pantai. Gelombang ombak yang bergulung di waktu malam mencipta suasana luar biasa, menjadikan pengalaman ini unik dan tidak dapat dilupakan," katanya.

Artikel Berkaitan:


Jelasnya, kemuncak acara yang dikenali sebagai 'Festive of Colour' menyajikan persembahan dramatik 'Flaming Percussion', persembahan 'Flying Ketupat' dan pertunjukan bunga api muzikal.

Tambah beliau, sambutan ini dibawakan khas oleh AmBank sebagai usaha menyemarakkan semangat Aidilfitri dan meraikan kebersamaan dalam suasana penuh keceriaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!