Beri Muhyiddin masa selesai segala urusan: GPS

Abang Johari Tun Openg
Abang Johari Tun Openg
A
A
A

KUCHING - Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan segala urusan sebelum meneruskan tugas termasuk yang berkaitan keperluan di Sarawak, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata, meskipun sokongan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinannya telah membantu memberi laluan kepada Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri, GPS tidaklah pula tergesa-gesa dalam permintaannya kepada pemimpin baharu Persekutuan itu.

"Beliau baru sahaja mengangkat sumpah. Beri beliau masa untuk menyelesaikan urusannya dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Serikin, sebuah perkampungan di sempadan kira-kira 60 kilometer dari sini. - Bernama

Artikel Berkaitan: