[VIDEO] Polis sahkan ada kerja korek tanah sebelum letupan paip gas
SUBANG JAYA – [DIKEMAS KINI] Polis Selangor mengesahkan terdapat kerja-kerja mengorek tanah berhampiran lokasi letupan paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, aktiviti tersebut dijalankan kira-kira 30 meter dari pusat letupan dan bertujuan untuk menggantikan paip kumbahan.
“Kerja-kerja korek tanah itu dihentikan pada 30 Mac lalu. Ia dijalankan menggunakan dua jentera, iaitu sebuah backhoe dan sebuah excavator,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.
Beliau memaklumkan, salah satu daripada jentera itu dikhuatiri terbenam dalam kawah letupan.
Dalam pada itu, Hussien berkata, pihak polis telah mengenal pasti pemaju, kontraktor, subkontraktor serta pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja terbabit.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada aktiviti korek tanah tersebut mempunyai kaitan langsung dengan letupan paip gas yang berlaku.
“Kami masih meneliti pelbagai aspek termasuk kedalaman korekan, jaraknya dari paip gas serta kewujudan unsur pencetus letupan.
"Kita telah mengenal pasti pemaju, kontraktor, subkontraktor dan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja terbabit," katanya.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada aktiviti korek tanah itu mempunyai kaitan langsung dengan insiden letupan paip gas tersebut.
“Kami masih meneliti aspek seperti kedalaman korekan, jarak sebenar dari paip gas serta sama ada wujud pencetus kepada letupan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, seramai 56 saksi telah diambil keterangan, termasuk pekerja tapak binaan, kontraktor, serta mangsa yang berada di lokasi ketika kejadian.
"Antara saksi penting adalah seorang pengawal keselamatan yang berada kira-kira 30 meter dari pusat letupan, di hadapan deretan kedai baharu yang sedang dibina.
"Saksi itu turut cedera dan dilaporkan melihat sendiri kejadian berlaku dan kes disiasat sama ada ia melibatkan unsur khianat atau kecuaian," jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

