Ketua Setiausaha Negara ucap tahniah kepada Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.
Beliau berkata, pelantikan Muhyiddin akan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju ditunjangi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia," ciapnya di laman mikro Twitter hari ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Semoga dengan kepimpinan YAB Tan Sri Dato’ akan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju ditunjangi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat pic.twitter.com/JGn7oqpCCe— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) March 1, 2020Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara.
Pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ia susulan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu dan beberapa jam kemudian, Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.
'Kabinet Muhyiddin tidak membantu rakyat'
'Tak puas hati Kabinet baharu hanya sementara...'
Komposisi Kabinet tak adil kepada UMNO, kata Tok Mat
Kerajaan baharu Perak tak lama bertahan: Aziz Bari
Pemilihan Ahmad Faizal mengejutkan: PKR
'Bagaimana kamu boleh kata ini bukan masalah kamu', KJ kritik Anwar
2 helikopter terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut
Helikopter TLDM terhempas: Tiga disahkan maut
Amaran hujan lebat, ribut petir di 10 negeri
[VIDEO] Tiada terselamat, 10 terkorban nahas helikopter TLDM