Maszlee tolak kerjasama dengan pemimpin UMNO

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

SIMPANG RENGGAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menzahirkan pendiriannya tidak mahu menghampakan undi rakyat yang telah menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Maszlee berkata, beliau berpegang teguh kepada perjuangan sebenar iaitu tidak akan bekerjasama dengan bekas rejim kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini?

"Saya memang mentaati disiplin parti dan bersama presiden parti sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari Istana Negara semalam. Tetapi, saya buat keputusan kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan," katanya dalam satu hantaran di akaun Twitter beliau semalam.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, hatinya sangat berat untuk bersama-sama dengan pemimpin UMNO kerana ada dalam kalangan mereka dikaitkan dengan isu penyelewengan dan rasuah termasuk ketika beliau bertugas di Kementerian Pendidikan.

"Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka dan menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?

"Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam dan juga semua para penyokong, meminta jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah diberikan sehingga meletakkan saya sebagai wakil di Parlimen,” katanya.

Maszlee mengakui dalam membuat keputusan rumit itu, beliau melakukan istikharah memohon petunjuk daripada ALLAH dan akhirnya kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan

Dipecat, bangun semula dan kini PM ke-8

Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir

Agong enggan jumpa saya lagi - Tun Mahathir

Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin