'Belum reda insiden paip gas, ada pula yang bakar sampah dekat kawasan risiko'

Bomba memadam api sampai berhampiran laluan paip gas di Taman Bukit Sendayan - Foto: JBPM
Bomba memadam api sampai berhampiran laluan paip gas di Taman Bukit Sendayan - Foto: JBPM
A
A
A

SEREMBAN – Belum reda tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, ada pula pihak tidak bertanggungjawab membakar sampah berhampiran kawasan berisiko di Taman Bukit Sendayan di sini pada Khamis.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Nizam Yom berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.30 pagi.

“Sebaik sampai, kami mendapati benar berlaku kebakaran sampah seluas kira-kira 200 kaki persegi.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak,dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.14 pagi,” katanya.

Menurutnya, lokasi tersebut dikenal pasti sebagai tempat pembuangan sampah haram seperti perabot, kotak dan barangan plastik.

Ujarnya, apa yang membimbangkan ialah kewujudan papan tanda amaran mengenai laluan paip gas berhampiran kawasan kejadian.

“Saya tidak dapat memastikan sama ada lokasi kebakaran itu merupakan laluan paip gas tetapi memang terdapat papan tanda amaran di situ,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!