X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan jam padam kebakaran kilang bihun

Api marak menyebabkan hampir keseluruhan kilang musnah.
A
A

KEPALA BATAS - Pasukan bomba terpaksa mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran sebuah kilang memproses bihun di Jalan Lahar Kepar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.46 pagi itu, hampir keseluruhan kilang yang berkeluasan 10,000 kaki persegi itu musnah terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan daripada orang awam sebelum beberapa jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran turut mendapat bantuan daripada BBP Bertam, Perai dan Bandar Perda selain pasukan bomba sukarela berhampiran termasuk dari Lunas, Kedah.

Anggota bomba mengambil masa lapan jam untuk memadam kebakaran yang berlaku pada kilang memproses bihun.
Anggota bomba mengambil masa lapan jam untuk memadam kebakaran yang berlaku pada kilang memproses bihun.

"Api merebak cepat namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lain.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, kilang berkenaan mempunyai seramai 150 pekerja warga asing namun ketika kejadian mereka sedang menjalani kursus di Ipoh.

Sehingga kini Unit Forensik Bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemilik kilang berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!