Kerja tanpa henti, tukang gunting rambut guna alat pernafasan

JAKARTA - Seorang tukang gunting rambut di Indonesia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selepas mengalami keletihan melampau.
Menurut NTV News, dia menerima 80 pelanggan dalam tempoh sehari tanpa rehat yang mencukupi.
Kejadian tersebut berlaku ketika umat Islam di negara berkenaan mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Rakaman video yang dimuat naik menerusi Instagram oleh nyinyir_update_official, menunjukkan lelaki berkenaan duduk di lantai dalam keadaan lemah.
Dia dikatakan bekerja dari pagi hingga malam tanpa henti untuk melayan pelanggan yang mahu menggunting rambut.
Keadaan itu menyebabkan dia mengalami keletihan teruk sehingga memerlukan oksigen tambahan.
Dalam pada itu, video tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
