250 penduduk B40 Parlimen Segambut terima khidmat potong rambut percuma setiap bulan

Hannah melihat golongan B40 yang diberikan perkhidmatan gunting rambut percuma pada majlis kerjasama antara Korean Society in Malaysia dan La Fiorire Hair Salon dengan Parlimen Segambut di Bukit Kiara Mall pada Isnin. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Ahli Parlimen Segambut pada Isnin menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Persatuan Korea Malaysia (KSM) dan La Fiorire DSP Global Sdn Bhd bagi menyediakan khidmat memotong rambut secara percuma kepada 250 penduduk B40 dalam kawasan parlimen itu.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, penduduk yang layak akan menerima perkhidmatan secara percuma di salon La Fiorire Korean Beauty Group setiap bulan.

"Sama ada warga emas, ibu tunggal atau kanak-kanak daripada komuniti B40, setiap bulan mereka akan memberikan perkhidmatan memotong rambut secara percuma bagi meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan golongan ini.

"Mereka juga akan memberikan latihan kemahiran untuk menjadi penggaya rambut kepada 20 belia di kawasan parlimen itu selama enam bulan melalui inisiatif Program Rakan Muda iaitu Rakan Mahir. Jika layak dan sesuai, mereka mungkin akan ditawarkan peluang pekerjaan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menandatangani MoU berkenaan bersama Pengerusi KSM, Kim Jong Hwa dan Pengarah La Fiorire DSP Global Sdn Bhd, Kim Bumjin.

Hannah (tengah) menandatangani MoU bersama Presiden Korean Society in Malaysia, Kim Jong Hwa (kanan) dan Pengarah La Fiorire DSP Global Sdn Bhd, Kim Bumjin (kiri) pada majlis kerjasama antara Korean Society in Malaysia dan La Fiorire Hair Salon di Bukit Kiara Mall pada Isnin. Foto Bernama

Hannah berkata, menerusi inisiatif itu, pihaknya turut berkunjung ke sekolah bagi mengenal pasti murid dan pelajar B40 yang memerlukan perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata, salon itu terkenal dalam kalangan rakyat Korea yang tinggal di Segambut, manakala KSM pula telah mengadakan beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk menyumbang susu percuma kepada kanak-kanak B40.

Artikel Berkaitan:

"Setiap tahun mereka juga menaja program kebudayaan dan kesukanan antara Korea dengan Malaysia yang turut dianjurkan di kawasan ini untuk penduduk," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!