[VIDEO] Mesyuarat PKR kecoh, Tian Chua ditampar penyokong parti

Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh apabila segelintir ahli parti itu melaungkan 'pengkhianat' terhadap beberapa ahli pimpinan PKR yang didakwa melakukan sabotaj terhadap parti.

A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana di sini hari ini kecoh apabila segelintir ahli parti itu melaungkan 'pengkhianat' terhadap beberapa ahli pimpinan PKR di luar bangunan tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua diserbu sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti tersebut ketika mahu masuk ke kenderaannya selepas selesai mesyuarat.

Dalam insiden mencemaskan itu, Tian Chua turut ditolak selain ditampar pada bahagian kepala. Tidak cukup dengan itu, bekas Ahli Parlimen Batu itu dilihat disimbah dengan air dan dibaling dengan botol ketika cuba dibawa memasuki sebuah kenderaan.

Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh.
Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh.

Kumpulan tersebut turut kedengaran menjerit 'pengkhianat' kepada Tian Chua. Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua didakwa lebih berpihak kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain Tian Chua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor. Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Afif dan Mohd Razlan dipercayai diasak dan dicemuh ketika mereka cuba meninggalkan premis berkenaan.

Artikel Berkaitan: