Kebakaran saluran gas: Arnab, hamster terperangkap dalam rumah

Ken (kiri) bersama pegawai serta penduduk Taman Harmoni selepas berjaya menyelamatkan enam ekor haiwan peliharaan yang terperangkap dalam kediaman.
Ken (kiri) bersama pegawai serta penduduk Taman Harmoni selepas berjaya menyelamatkan enam ekor haiwan peliharaan yang terperangkap dalam kediaman.
A
A
A

SUBANG JAYA - Enam ekor haiwan peliharaan yang terperangkap di rumah kediaman di Taman Harmoni susulan kejadian kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, di sini, pada Selasa, berjaya diselamatkan.

Pegawai Bomba Sukarela Shah Alam, Datuk Dr Ken Foo Kwok Hsing berkata, haiwan yang diselamatkan itu ialah dua ekor anjing, tiga arnab dan seekor hamster.

"Haiwan itu masing-masing ditemui di tiga buah rumah yang terjejas dalam insiden terbabit.

"Anjing itu dijumpai di luar rumah, manakala arnab dan hamster di dalam rumah. Kesemua haiwan itu akan dibawa ke pusat veterinar Taman Megah untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, seekor anjing warna hitam masih belum dikenal pasti pemiliknya.

"Diminta pemiliknya untuk menghubungi talian hotline kita iaitu 012-6088871," ujarnya.

Yap gembira selepas arnab peliharaannya diselamatkan.
Yap gembira selepas arnab peliharaannya diselamatkan.

Sementara itu, salah seorang wanita dikenali sebagai Yap, 60-an, merupakan pemilik kepada tiga ekor arnab yang diselamatkan itu berkata, dia memelihara enam ekor haiwan iaitu empat arnab, seekor tikus belanda dan seekor tupai.

Katanya, pada pagi semasa kejadian selepas mendengar bunyi letupan, dia cuba membawa kesemua haiwan peliharaan masuk ke dalam kereta namun gagal disebabkan sangkar besi yang telah panas.

Artikel Berkaitan:

"Saya tolak sangkar-sangkar ke dalam tandas dan hanya sempat bawa seekor tupai peliharaan.

"Bila keadaan agak 'okay', saya dapatkan bantuan bomba untuk bantu selamatkan haiwan peliharaan... sangat berterima kasih," ujarnya.

Ken menunjukkan anjing yang diselamatkan selepas terperangkap di sebuah kediaman di Taman Harmoni, Subang Jaya dalam insiden kebakaran saluran gas, pada Selasa.
Ken menunjukkan anjing yang diselamatkan selepas terperangkap di sebuah kediaman di Taman Harmoni, Subang Jaya dalam insiden kebakaran saluran gas, pada Selasa.

Jelasnya, dia berasa gembira apabila apabila haiwan ini ditemui.

"Kebanyakannya haiwan ini sudah saya bela sejak satu hingga lima tahun lepas," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!