'Lihat api marak selepas dengar letupan kuat'

Arwin
Arwin
A
A
A

SUBANG JAYA - "Rasa bahang dan dengar bunyi meletup,".

Itu situasi kejadian yang dikongsikan penduduk berhampiran berhampiran lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, di sini, pada Selasa.

Pengerusi Kuil Sri Maha Maliamman, A Arwin berkata, dia melihat api marak selepas mendengar bunyi letupan serta bahang panas akibat kebakaran itu.

"Waktu itu dalam jam 8 pagi. Ada bunyi macam meletup sebelum bomba datang dan beberapa penduduk berhampiran mula keluar untuk dapatkan perlindungan.

"Beberapa mangsa dalam insiden itu telah menerima rawatan awal di sini (kuil), kumpulan awal mangsa dalam kira-kira 35 orang.

"Saya dan saudara bantu belikan air dan kami bantu tidak kira berapa orang pun," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Tambahnya, ada antara mangsa yang mengalami melecur di bahagian belakang dan suasana ketika itu agak kelam kabut.

Ramachandran menunjukkan lokasi kebakaran yang terletak 2km dari rumahnya.
Ramachandran menunjukkan lokasi kebakaran yang terletak 2km dari rumahnya.

Turut berkongsi situasi yang sama, ahli perniagaan, Datuk K Ramachandran berkata, dia menyedari kejadian semasa berada di rumahnya kira-kira dua kilometer (KM) dari lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kira-kira jam 8 pagi saya terus keluar dari rumah dan nampak api telah merebak besar.

"Ada rasa bahang panas, nampak banyak kereta penduduk di lokasi berhampiran bergegas keluar.

"Semua mereka panik, ada yang tinggalkan kucing dan anjing peliharaan. Ada yang berada di kuil untuk rawatan," ujarnya.

Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.10 pagi, Selasa.

Balai bantuan turut terlibat ialah BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara, BBP KLIA dan BBP Serdang.

Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!