MP Bukit Gantang nafi beri sokongan kepada Dr Mahathir

Syed Abu Hussin (kiri) telah menyatakan persetujuan SD kepada Muhyiddin.
Syed Abu Hussin (kiri) telah menyatakan persetujuan SD kepada Muhyiddin.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Bebas dari Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, beliau berkata, senarai nama ahli Parlimen yang turut membariskan namanya seperti tular di media sosial Kelab Che Det malam tadi adalah tidak benar.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya nama saya disenaraikan sebagai menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan.

"Saya mohon semua di media sosial menafikan kenyataan saya menyokong Tun," katanya.

Syed Abu Hussin mengesahkan senarai nama ahli Parlimen yang turut membariskan namanya seperti tular di media sosial Kelab Che Det malam tadi adalah tidak benar.
Syed Abu Hussin mengesahkan senarai nama ahli Parlimen yang turut membariskan namanya seperti tular di media sosial Kelab Che Det malam tadi adalah tidak benar.

Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan beliau memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

"Sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, saya telah pun memberikan persetujuan SD saya kepada Tan Sri Muhyiddin dan telah pun diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah sebagai Perdana Menteri kelapan," katanya.

Pada 27 Jun 2018, Syed Abu Hussin umum keluar daripada UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan menjadi ahli Parlimen bebas berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M senaraikan 114 sokongan ahli Parlimen