Fikry sambung belajar lagi

Fikry Ibrahim
Fikry Ibrahim
A
A
A

PELAKON Fikry Ibrahim, meneruskan lagi pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini.

Mengikuti program penyelidikan secara separuh masa selama dua tahun, Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 26, memberitahu, dia cuba mengimbangi masa antara kerjaya dan pendidikan sebaik-baiknya.

“Saya tahu tak mudah untuk membahagikan masa belajar sementelah jadual kerjaya agak padat.

“Bagaimanapun, menerusi pengalaman lalu saya cuba menyesuaikan diri.

“Lagipun, pada kali ini saya meneruskan pengajian dalam program penyelidikan. Tentu cabarannya lebih berat meskipun tak ada kuliah,” ujarnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada hari pendaftaran.

Menurut pelakon drama Kau Yang Pertama itu lagi, dia mahu menjadikan ijazah sebagai satu pencapaian peribadi selain sudah mempunyai kerjaya dalam bidang hiburan.

“Berlakon tetap berlakon, namun saya mahu meneruskan hasrat peribadi untuk mendalami ilmu pendidikan.

“Hal ini kerana, ia penting untuk masa depan saya.

Artikel Berkaitan:

“Justeru, doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan,” katanya.