Kerap solat Subuh berjemaah sebelum meninggal dunia

Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur Sik.
Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur Sik.
A
A
A

SIK - Mangsa maut akibat kemalangan bersama isteri dikatakan kerap menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid sejak dua minggu kebelakangan ini.

Perkara itu disedari bapanya, Mohd Shukri Saad, 56, apabila melihat Lokman Hakim, 23, lebih kerap berjemaah di masjid terutamanya pada hari cuti.

Bagaimanapun, perkara itu pada mulanya dianggap biasa, mengambil kira ketika ini umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadat sepanjang bulan Ramadan.

"Nampak perbezaan dari situ (kerap Subuh di masjid) sejak dua minggu ini dan dia juga banyak diam berbanding sebelum ini ceria orangnya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Pelanduk, di sini pada Rabu.

Mohd Shukri
Mohd Shukri

Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu baru mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu.

"Ini sambutan Aidilfitri pertama mereka sebagai suami isteri... semua persiapan raya telah mereka buat termasuklah siapkan baju raya untuk kami," katanya.

Jelasnya, kehilangan itu cukup terasa memandangkan anak dan menantu telah pergi buat selama-lamanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur pada Selasa, kenderaan dinaiki Lokman Hakim dan isteri, Intan Suraya Zaidi, 24, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah lori di hadapan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah hadapan.

Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!