Bekas penyerang Arsenal diserang tibi

Perez (kiri) akan direhatkan pada baki musim ini selepas menghidap tibi.
Perez (kiri) akan direhatkan pada baki musim ini selepas menghidap tibi.
A
A
A

BEKAS penyerang Arsenal, Lucas Perez telah didiagnosis dengan tuberkulosis aktif atau tibi.

Penyerang berusia 36 tahun dari Sepanyol itu kini bermain untuk kelab Belanda, PSV Eindhoven.

Tetapi menurut laporan De Telegraf, Perez dijangka akan diketepikan untuk jangka masa panjang akibat penyakit tersebut.

Dalam satu kenyataan di laman web mereka, PSV mengesahkan Perez telah didiagnosis dengan tibi dan berada dalam keadaan baik mengikut keadaan semasa.

“Walaupun peluang untuk jangkitan lanjut adalah kecil, situasi ini dipantau dengan teliti mengikut protokol standard GGD (Perkhidmatan Kesihatan Awam Belanda).

“Situasi ini telah dilaporkan kepada GGD Brabant-Zuidoost. Pakar pulmonologi yang merawat, kakitangan perubatan PSV,” menurut kenyataan itu.

Jangkitan tibi aktif biasanya mempengaruhi paru-paru dan pesakit perlu diasingkan selama tiga hingga empat minggu serta menjalani rawatan antibiotik.

Penyakit ini mempunyai tempoh inkubasi yang panjang sebelum simptom muncul.

Artikel Berkaitan:

Simptom biasa termasuk batuk berpanjangan, rasa letih, suhu badan tinggi, hilang selera makan, penurunan berat badan dan rasa tidak sihat secara umum.

Sebagai rekod, Perez menyertai PSV sebulan lalu selepas menamatkan kontraknya dengan Deportivo La Coruna pada Januari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!