X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin keluar istana, dijangka menghadap Agong esok

Kenderaan membawa pemimpin dari UMNO, Pas, Bersatu dan GPS keluar meninggalkan pekarangan Istana Negara.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Selepas 40 minit, pemimpin dari UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar meninggalkan pekarangan Istana Negara pada jam 10.43 pagi tadi.

Kenderaan yang dinaiki ahli Parlimen itu didahului Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara yang kelihatan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Turut sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kehadiran mereka ke Istana Negara, Takiyuddin menjawab ringkas.

"Kami akan kembali esok," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus