Hikmah di sebalik kisah pak cik petai

Kejadian itu membuka mata banyak pihak yang akhirnya datang menghulurkan bantuan kepada pakcik petai ini.
Kejadian itu membuka mata banyak pihak yang akhirnya datang menghulurkan bantuan kepada pakcik petai ini.
A
A
A

KECOH video tular anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menghalang penjaja kecil menjual petai di atas motosikal.

Isu ini panas disebabkan penjaja warga emas itu membuang petai-petainya di atas jalan. Kalau setakat bertengkar dengan anggota penguat kuasa, itu sudah biasa, banyak kali berlaku sebelum ini.

Ramai yang simpati dengan pak cik petai ini. Dalam masa sama, ramai yang mengecam tindakan dua anggota penguat kuasa itu di media sosial kerana tidak berhati perut.

Merak Jalanan setuju, tak perlulah menekan seorang penjaja kecil mencari rezeki halal. Sepatutnya gunakanlah budi bicara.

Penjaja itu pun bukanlah warga asing yang mengganggu orang awam atau menjual barang terlarang.

Tapi Merak Jalanan tidak mahu cepat menghakimi sesuatu isu hanya melihat satu video yang sudah disunting tanpa mencari cerita sebenar.

Merak Jalanan dapat tahu, anggota penguat kuasa itu sebenarnya mengarahkan pakcik petai itu beredar selepas ada pihak membuat aduan kerana berniaga di hadapan kedai orang lain.

Dalam video tersebut, tak nampak pun barangan jualan pak cik petai ini dirampas atau diberi saman.

Apa pun, isu ini sudah diselesaikan secara harmoni oleh kerajaan negeri dan MPPD bagi menjernihkan keadaan.

Artikel Berkaitan:

Pak cik petai itu pun sudah ditawarkan lesen perniagaan sementara supaya dapat berniaga dengan lebih selesa.

Seperti kata rakan Merak Jalanan, kisah pak cik petai ini menunjukkan kepada kita bahawa rezeki daripada ALLAH itu datang dengan pelbagai cara.

Kejadian itu membuka mata banyak pihak yang akhirnya datang menghulurkan bantuan kepada pak cik petai ini.

Kata rakan Merak Jalanan, walaupun ramai yang menghentam dua anggota penguat kuasa tersebut, namun kalau kita mengambil secara positif, merekalah yang menjadi asbab pembuka rezeki untuk pak cik petai ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!