X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan Pahang ucap tahniah kepada Hasni

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menzahirkan ucapan tahniah kepada Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelantikan dan pembentukan kerajaan Johor yang baharu itu membuktikan kerjasama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional serta parti-parti komponen MCA dan MIC dalam BN berkesan.

Menurutnya, pada masa sama, kerjasama Muafakat Nasional dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu turut memungkinkan pelantikan dan pembentukan kerajaan Johor yang baharu itu.

"Situasi ini sudah pasti akan meningkatkan lagi semangat dan kerjasama dalam BN dalam Muafakat Nasional di seluruh negara, apatah lagi di Pahang," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Johor yang baharu terbentuk ekoran tumbangnya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelumnya.

Hasni, 61, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang semalam.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan lantikan pintu belakang'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!