Bella Astillah Ke Tanah Suci, ditemani Syed Saddiq di KLIA

SELEBRITI, Bella Astillah dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bagi berangkat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Menerusi perkongsian hantaran Instagram milik jenama fesyen, PrimaValet pada Ahad, keberangkatan penyanyi popular itu turut diiringi oleh kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu turut memberikan sokongan moral kepada Bella sebelum beliau mengerjakan ibadah tersebut.
Pasangan berkenaan juga sempat bergambar bersama anggota keselamatan di KLIA sebelum penerbangan Bella.
Dalam perkongsian sama, jenama tersebut turut mendoakan semoga pelakon itu mendapat umrah yang mabrur.

“Semoga Bella mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah, rezeki ramai yang sayang dan doakan Bella," katanya dalam hantaran di Instagram pada Ahad.
Sebelum ini, Bella pernah hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bella juga pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!