Unit Tindakan Gajah buru gajah 'naik minyak'

KUALA KRAI - Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menempatkan seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Unit Tindakan Gajah (UTG) bagi memburu gajah liar yang 'naik minyak' di Kampung Laloh di sini pada Khamis.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjejaki haiwan liar terbabit yang telah mendatangkan kecederaan parah kepada seorang anggota Perhilitan dan penoreh getah.
"Kami percaya gajah liar terbabit tidak berada dalam keadaan berkumpulan dan masih berada di kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang anggota Perhilitan dan penoreh getah mengalami cedera parah apabila seekor gajah 'naik minyak' di Kampung Laloh.
Anggota Perhilitan terbabit dipercayai ditusuk dengan gading manakala penoreh yang merupakan seorang warga emas pula diserang dari belakang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

