Empat kapal terbakar

A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMAS KINI] Empat buah kapal kelas C terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah pangkalan di muara Tok Bali di sini pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan II Azman Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu tidak melibatkan mangsa.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 pagi dan apabila tiba di lokasi benar berlaku kebakaran melibatkan empat buah kapal kelas C.

"Kapal terbabit dalam proses dilupuskan dan kami dapati kebakaran melibatkan kemusnahan 20 hingga 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kebakaran dapat dikawal sekitar jam 3.58 pagi dan operasi pemadaman melibatkan enam anggota bomba.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!