Akar umbi Armada setuju Muhyiddin calon PM

Muzzammil bercakap pada sidang media di hadapan rumah kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini. -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Muzzammil bercakap pada sidang media di hadapan rumah kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini. -Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

BUKIT DAMANSARA - Akar umbi Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong penuh pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Exco Armada Nasional, Muzzammil Ismail berkata, pihaknya berharap langkah itu dapat menyelesaikan segera kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

"Jadi saya di sini bersama-sama rakan Armada yang lain ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden Bersatu (Muhyiddin).

"Kami juga menyokong penuh apa sahaja keputusan kepimpinan parti melalui Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan kami mendukung penuh kepada Presiden.

"Apa sahaja keputusan kami akur dan mudah-mudahan kita akan membentuk satu kerajaan yang lebih kuat yang membawa suara akar umbi dan rakyat," katanya ketika ditemui di kediaman Muhyiddin di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pendirian akar umbi mengenai kerjasama dengan UMNO dan Pas, beliau secara asasnya bersetuju.

"Ya, kita perlu memikirkan masalah negara dengan lebih meluas di mana hari ini kami merasakan keperluan utama untuk menstabilkan apa yang berlaku ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: