Dr Sahruddin ucap tahniah kepada Hasni

 Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin Jamal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor ke-17, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengucapkan tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohammad yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-18 hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Dr Sahruddin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang beliau mentadbir kerajaan Johor sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bermula 14 April 2019.

"Setinggi-tinggi terima kasih kepada anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan kerana telah memberikan komitmen dalam menjayakan aspirasi kerajaan di negeri Johor.

"Ucapan terima kasih juga saya zahirkan kepada rakan-rakan politik, media serta seluruh rakyat Johor atas sokongan dan dokongan yang telah diberikan sepanjang memimpin pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas amanah sebagai Menteri Besar Johor.

"Semoga negeri Johor akan terus makmur dan seluruh rakyat hidup sejahtera di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor," katanya.

Artikel Berkaitan: