PGA patahkan cubaan seludup 38,580 biji kelapa

TUMPAT - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 38,580 biji kelapa yang cuba diseludup ke Thailand di pangkalan haram Sekam Padi di sini pada Rabu.
Rampasan jam 1.30 tengah hari itu dilakukan semasa Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.
"Hasil pemeriksaan ke atas treler itu telah menjumpai 38,580 biji kelapa yang dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran melalui pangkalan haram," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata, lelaki yang ditahan itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa tersebut ke negara jiran.
"Rampasan keseluruhan bernilai RM1.03 juta itu termasuk kenderaan.
"Kes disiasat bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).
"Suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut," ujar beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!