UMNO Melaka nafi mahu pecat Idris

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
A
A
A

MELAKA TENGAH - UMNO Melaka menafikan mesyuarat khas yang akan diadakan di peringkat negeri pada malam ini membincangkan mengenai pemecatan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Idris Haron daripada parti itu.

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sebaliknya inti pati mesyuarat itu adalah berhubung jentera Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya Parlimen dibubarkan.

"Mesyuarat yang kita adakan malam ini nak bincang tentang persiapan jentera dan tidak ada pun menyentuh isu nak pecat siapa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Ab Rauf turut menegaskan, akaun bersumpah (SD) yang dikumpulkan sebagai tanda sokongan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak harus dipertikaikan mana-mana pihak termasuk Pakatan Harapan (PH) biarpun ada yang mendakwa dua wakil rakyat BN tidak menandatangani SDt tersebut.

"Itu (SD) tak perlu disentuh, apa yang kita tahu dua lagi dari PH yang akan bersama dan semua ini baik-baik sahaja (berjalan lancar)," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka meminta Ketua Menteri, Adly Zahari membuktikan dakwaan bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang cukup untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: BN 'tunggu' dua kerusi bentuk kerajaan di Melaka

BN Melaka menyanggah dakwaan itu dan menyeru supaya Adly membuktikan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob segera dengan menyerahkan SD sebagai tanda sokongan wakil rakyat terhadapnya.

Artikel Berkaitan: