MB Johor arah projek tebatan banjir dipercepatkan

Onn Hafiz melawat mangsa banjir di PPS SK Bukit Mutiara.
Onn Hafiz melawat mangsa banjir di PPS SK Bukit Mutiara.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melengahkan pelaksanaan projek tebatan banjir di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tindakan tegas diambil susulan keadaan banjir di negeri ini yang semakin membimbangkan akibat hujan lebat berterusan lebih 24 jam.

"Saya bersama Pegawai Daerah Johor Bahru dan Datuk Bandar Johor Bahru telah meninjau keadaan air sungai di kawasan terjejas. Saya juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

"Saya akan memastikan semua projek tebatan banjir yang dirancang dilaksanakan segera demi kesejahteraan dan keselamatan Bangsa Johor," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, setakat ini seramai 1,015 mangsa daripada 299 keluarga telah dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Rabu menyebabkan kebimbangan lebih banyak kawasan rendah dan berhampiran sungai akan dilanda banjir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!